KTM / 1972
Pagi tu dapat berita gumbira heheheh dapat surat jawapan. Yahoo dapat kerja tapi kena lapor diri
di Kuala Lumpur. IP JKR Malaysia.
Bila tiba hari nak ke KL mak bekalkan RM30.00 aja. Beli tiket keretapi RM10
kalau tak silap. so baki RM20 pastu geraklah sorang diri naik bas dari TT ke Stesyen Keretapi Bworth
masa tu ada kelas 3 kelas 2 and 1st kelas.Pengalaman naik keretapi berhenti pada hampir semua stesyen seronok gak tenguk orang ada turun ada naik dan macam macam jenis perangai dan lakunan. Tak kisah dah saya buat x kisah aja. Sambil sambil jeling bag SMVBL yang ada di muatkan barang barang asas bakal seorang perantau lepas ini.
Di KL saya tumpang rumah sepupu arwah ayah saya seorang ranger ( soldadu la ) di Kem Wardiburn Setapak kalau tahun 1972 macam jalan mati aja hujung nya Zoo Negara.
Pagi 11 Nov 1972 ke IP JKR Malaysia lapor diri di Cawngan Jalan IP JKR bangunan Batu atas bukit harap harap jangan di runtuhkan bangunan tu wahai JKR
Pagi di taklimatkan kena hantar ke luar dari IP dan pilihan ada 1 dari 2 ke Gerik or ke Bukit Ibam
.Saya pilih bukit ibam yang dalam kepala ini entah kat mana agak agak awal nya di sarwak kot Memang melesit rupanya kat Pahang. Saya dan 2 lagi sahabat ( Hamzah Amin( masih berkawan hingga sekarang ) dan Samsudin Bidun( dah tak dapat di hubungi )So pada 12hb masing jumpa di stesyen teksi
di KL dan bermula lah perjalanan ke Negeri Pahang Darul Makmur.
Stop jap lain siaran tulis lagi. Hayat gak yang mulai ada Haiyum
Tahniah kerana sudah dapat kerja.
ReplyDeleteTq